Tuesday, March 22, 2011

Jika Cinta Bertandang Lagi

“JIKA CINTA BERTANDANG LAGI”


Jika Cinta Bertandang Lagi
(Rahimah Haji A. Hamid)
  • Tuhanku
  • Jika  cinta bertandang  lagi
  • tatkala pohon usia sudah meninggalkan musim semi
  • moga cinta kali ini
  • menyatukan dua hati
  • kerana-Mu Ilahi Rabbi.
 
  • Tuhanku
  •  Jika cinta bertandang lagi
  • ketika rupa bukan lagi
  • bak kuntuman mawar segar yang mekar  di pagi hari
  • izinkan aku memiliki
  • paras  seorang  Zulaikha  
  • demi  Yusufnya  tercinta





















  • Tuhanku
  • Jika cinta bertandang lagi
  • izinkan aku merasai
  • kemanisan cinta sejati
  • seperti ruapan  kasih Ali
  • kepada seorang Fatimah
  • atau bak cinta Rasulullah
  • kepada seorang  Khadijah














  • Tuhanku
  • moga cinta kali ini
  • mempertalikan kembali dua hati
  • untuk sujud mengabdi diri
  • khusus kepada-Mu Ilahi Rabbi!

  • Ditmastrasse, Frankfurt, Germany
  • 13 Oktober 2010

No comments:

Post a Comment