Tuesday, March 22, 2011

PESANAN NABI MUHAMMAD SAW

Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bahawa ada lima (5) perkara yang perlu diberi perhatian kerana boleh membawa kepada kesempurnaan iman, iaitu:

(1) Jauhkanlah diri dari segala perbuatan maksiat, nescaya kamu akan mendapat kelazatan dalam mengerjakan ibadat.

(2) Bersyukurlah dengan apa jua pemberian Ilahi atau apa jua yang ditakdirkan Ilahi ke atas kamu, nescaya kamu akan menjadi seorang yang paling kaya (syukur nikmat).

(3) Lakukan sesuatu perkara baik kepada orang lain seperti yang kamu suka perkara itu dilakukan kepada kamu, nescaya kamu akan menjadi seorang Islam yang baik.

(4) Berbuat baiklah kepada jiran tertangga kamu, nescaya kamu akan memperoleh iman yang sebenar-benarnya.

(5) Janganlah kamu bergelak ketawa secara berlebihan kerana kalau demikian, necaya hati kamu akan menjadi gelap atau mati.

(Diriwayatkan, Rsulullah SAW tidak pernah ketawa hingga mengeluarkan suara).

No comments:

Post a Comment