Tuesday, March 22, 2011

JERITAN BATIN KU DAN SEPI SEORANG PERINDU

PESANAN NABI MUHAMMAD SAW

Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bahawa ada lima (5) perkara yang perlu diberi perhatian kerana boleh membawa kepada kesempurnaan iman, iaitu:

(1) Jauhkanlah diri dari segala perbuatan maksiat, nescaya kamu akan mendapat kelazatan dalam mengerjakan ibadat.

(2) Bersyukurlah dengan apa jua pemberian Ilahi atau apa jua yang ditakdirkan Ilahi ke atas kamu, nescaya kamu akan menjadi seorang yang paling kaya (syukur nikmat).

(3) Lakukan sesuatu perkara baik kepada orang lain seperti yang kamu suka perkara itu dilakukan kepada kamu, nescaya kamu akan menjadi seorang Islam yang baik.

(4) Berbuat baiklah kepada jiran tertangga kamu, nescaya kamu akan memperoleh iman yang sebenar-benarnya.

(5) Janganlah kamu bergelak ketawa secara berlebihan kerana kalau demikian, necaya hati kamu akan menjadi gelap atau mati.

(Diriwayatkan, Rsulullah SAW tidak pernah ketawa hingga mengeluarkan suara).

Monday, March 21, 2011

SURAH AL-HAQQAH TENTANG HARI PEMBALASAN

Kisah tentang hari Kiamat ketika semua insan dihimpunkan di Padang Mahsyar dan diberikan buku amalannya sama ada dengan tangan kanan atau tangan kiri. Dibaca dengan penuh keinsafan oleh imam sehingga beliau dan para  makmumnya menangiskeinsafan  kerana membayangkan hari pembalasan yang amat hebat itu.

BERDOALAH UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP

Kitab al-Quran al-Karim adalah kitab samawi yang diturunkan dari langit. Sejak Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul, sebanyak 114 Surah telah diturunkan Allah SWT kepada baginda. Selama ini, kita selalu diajarkan bahawa jumlah ayat di dalam Kitab al-Quran adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666), iaitu suatu angka yang mudah disebut, dihafal, serta kelihatan cantik angkanya. Namun, bilangan tentang jumlah ayat itu telah disanggah sekarang, misalnya melalui pengiraaan ayat seperti di bawah (rujuk http://www.e-bacaan.com/artikel_6666.htm):

 
SURAH
 JUMLAH AYAT DALAM SATU SURAH JUMLAH PENUH
1 HINGGA 5
7+286+200+176+120789 AYAT
6 HINGGA 10
165 +206 +75 +129 +109684 AYAT
11 HINGGA 15123 + +111 +43 +5299
428 AYAT
16 HINGGA 20
128111 +110 +98 +135582 AYAT
21 HINGGA 25112 +78 +118 +64 +77
449 AYAT
26 HINGGA 30
227 +93 +88 +69 +60537 AYAT
31 HINGGA 3534 +30 +73 +54 +45
236 AYAT
36 HINGGA 4083 +182 +88 +75 +85
513 AYAT
41 HINGGA 45
54 +53 +89 +59 +37292 AYAT
46 HINGGA 5035 +38 +29 +18 +45
165 AYAT
51 HINGGA 55
60 +49 +62 +55 +78304 AYAT
56 HINGGA 60
96 +29 +22 +24 +13
184 AYAT
61 HINGGA 6514 +11 +11 +18 +12
66 AYAT
66 HINGGA 70
12 +30 +52 +52 +44190  AYAT
71 HINGGA 7528 +28 +20 +56 +40
172  AYAT
76 HINGGA 80
31 +50 +40 +46 +42209 AYAT
81 HINGGA 8529 +19 +36 +25 +22
131 AYAT
86 HINGGA 90
17 +19 +26 +30 +20112 AYAT
91 HINGGA 9515 +21 +11 +8 +8
63 AYAT
96 HINGGA 100
19 +5 +8 +8 +1151 AYAT
101 HINGGA 10511 +8 +3 +9 +5
36  AYAT
106 HINGGA 110
4 +7 +3 +6 +323 AYAT
111HINGGA 1145 +4 +5 +6-
20 AYAT
JUMLAH KESELURUHAN AYAT
6,236  AYAT

Pada dasarnya, ayat al-Quran sangat besar fadzilatnya dalam mengubati pelbagai penyakit. Sesiapa yang berpegang kepada al-Quran juga, rezekinya tidak akan putus. Saya telah melihat sendiri kebenaran hal ini ketika berkunjung di rumah seorang Guru al-Quran di Wang Tepus, Jitra, Kedah Darul Aman. Guru al-Quran ini setiap hari hanya mengaji, tapi ramai benar murid yang datang mengaji kepadanya tentang fadzilat al-Quran. Ketika saya ke rumahnya bersama kakak dan ibu saya kerana dia ingin benar bertemu dengan ibu saya yang merupakan rakan sekolahnya dahulu, rumahnya sentiasa dikunjungi tetamu. Misalnya ketika saya sedang berada di rumahnya, 3 orang pensyarah lelaki dari Universiti Malaysia Perlis (UMP) datang belajar dengannya. Mereka khabarnya pelajar tetapnya. Demikianlah sepotong kisah ringannya rezeki orang yang hidup berdampingan dengan al-Quran.
Di bawah ini, saya kemukakan beberapa surah yang terdapat di dalam Youtube yang memperlihatkan kegunaan ayat--ayat suci al-Quran. Antaranya, jika mahu mengubati penyakit, bacalah surah ini:
http://www.youtube.com/watch?v=SPX-OVH0E0w&NR=1
Manakala, sebagai pendinding diri, ayat suci al-Quran di bawah boleh dibaca di telinga peasakit:
http://www.youtube.com/watch?v=8l58ID_ZYsM&NR=1
Ayat terbaik untuk  menghindari gangguan makhluk halus yang menyesatkan iman adalah himpunan ayat-ayat al-Quran yang dipanggil ayat-ayat Ruqyah. Saya telah menulis tentangnya, tetapi diulangi sekali lagi ayat ini di dalam catatan kali ini:
http://www.youtube.com/watch?v=cki4z4OBch8&feature=related (Bahagian 1)
http://www.youtube.com/watch?v=Camv4vCzokA&feature=related (Bahagian 2)
Ayatul Kursi juga merupakan ayat al-Quran yang sering digunakan untuk membentengi diri daripada gangguan makhluk halus atau manusia yang berniat jahat, iaitu seperti berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=ZCj3mxtoXEE
Akhirnya, satu lagi kumpulan ayat al-Quran sebagai pendinding diri yang bagus boleh dilihat melalui url berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=Fh-2rr8OovY&NR=1
Sebagai satu dakwah jika boleh saya katakan ini sebagai dakwah, saya ingin mengingatkan semua insan yang membaca blog saya ini, beramallah dengan al-Quran dalam apa jua masalah yang dihadapi, bukannya pergi  bertemu dengan bomoh atau "pandai sihir".  Allah SWT yang mencipta kita dan kepada-Nya jualah  kita akan kembali, jadi HANYA kepada Allah SWT dahaja kita sesuai bermohon pertolongan. Janganlah kita tersesat langkah dengan mempercayai kuasa bomoh dan "pandai sihir" kerana balasan Allah SWT terhadapnya amat berat, khususnya apabila   kita terpesona dengan kepandaian atau kebolehan mereka. Paling perlu kita ingat, Iblis telah meminta kepada Allah SWT untuk menyesatkan manusia. Melalui kepandaian bomoh dan "pandai sihir" ini yang bersahabat dengan makhluk tertentu itu, maka sesuatu pertolongan yang diminta akan berjaya, lantas seseorang itu  berbuat syirik  kerana menyekutukan Allah SWT Yang Maha Esa. Kita perlu berfikir dengan cermat dan jangan terpengaruh dengan tipu daya manusia yang selalu menyebut  bahawa bertemu bomoh atau "pandai sihir" itu hanyalah satu " ikhtiar", dan bukannya untuk   "percaya kepadanya". Sebab, jika kita pergi kepadanya, kalaupun tidak banyak,  iman kita pasti dipesongkan oleh makhluk jin dan iblis ini. Wallahu'alam bissawab!

Ini Satu Permulaan

Kedatangan ke Frankfurt Germany pada 1 Ogos 2010 memang merupakan permulaan pada kehidupanku setelah melalui pelbagai pengalaman hidup di tanah air sendiri.